Syarat-Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA SAHAJA.
- Kelayakan umur penyertaan adalah 21 tahun ke atas.
- Pastikan pendaftaran anda lengkap dengan Order Number.
- Pengajur tidak akan melayan atau bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang pertikaian, percanggahan atau aduan yang timbul daripada butiran penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat dalam borang pendaftaran.
- Peserta hendaklah SIHAT dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan/penyakit yang boleh memudaratkan diri.
- Peserta WAJIB mematuhi semua arahan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta pihak yang mengawal keselamatan sepanjang program Siol Trail Run berlangsung.
- Setiap peserta dimestikan memakai KASUT & PAKAIAN BERSESUAIAN semasa pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan.
- Peserta dikehendaki mengikuti laluan dan melintasi CHECK POINT yang ditetapkan ( no chicken loop ).
- Cut Off time untuk Siol Trail Run adalah 2 jam 30 minit.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan anggota, kemelangan, kematian dan kehilangan brang-barang peserta sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.
- Selepas mendaftar dan bersetuju untuk menyertai Siol Trail Run 2022 ini dengan sendirinya para peserta telah terikat dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Hanya pegawai-pegawai atau Marshal yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perlumbaan.
- Pihak Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.
- Peserta yang telah mendaftar dan telah mendapatkan Order Number boleh menuntut Bib Number mengikut ketentuan seperti berikut:-Tarikh: 23 & 24 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu)Tempat: Pejabat CDS, Tingkat 4, Bangunan Majma, Jalan P. Ramlee Kuching.Masa: 8 pagi – 5 petang
- Sekiranya peserta TIDAK HADIR pada 23 & 24 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu) untuk mengambil Bib No. penyertaan tersebut adalah DIBATALKAN.
|