Aktiviti |
THE BIGGEST LOSER |
Tarikh |
Tarikh Mula : 20 September 2022 (selasa)
Tarikh Tamat : 20 Disember 2022 (selasa) |
Tempat |
Arena Dewan Bandaraya Kuching Utara |
Kategori Pertandingan |
Pengurangan berat badan |
Hadiah Pertandingan |
Tempat Pertama : RM 1000
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM300
|
Syarat-Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada semua WARGA KUCHING sahaja
- Kelayakan umur penyertaan adalah 18 tahun ke atas
- Pastikan pendaftaran anda lengkap denganOrder Number sebelum 14hb September 2022
- BMI setiap peserta akan ditapis dan disaring untuk memastikan peserta tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan/penyakit yang boleh memudaratkan diri apabila mengikuti aktiviti yang disediakan oleh pihak fitness trainer selama satu bulan.
- Untuk makluman , program ini akan dijalankan selama 3 BULAN. Untuk bulan pertama, semua peserta di wajibkan HADIR untuk mengikuti latihan yang dijalankan bersama Fitness Trainer.
- Untuk bulan kedua dan ketiga, peserta mempraktikkan latihan tersebut dengan sendiri di tempat masing-masing sehingga tamat program.
- BMI akan diambil mengikut jadual yang akan ditetapkan pihak pengajur bagi tujuan pemantauan sehingga tamat tempoh program.
- Pemenang akan dinilai berdasarkan keputusan penurunan berat badan yang terbanyak dan kehadiran peserta semasa latihan dijalankan.
- Jadual program The Biggest Loser Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat Jam: 2.30 petang – 4.30 petang Kehadiran peserta adalah wajib, Markah akan dipotong sekiranya peserta gagal menghadiri latihan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah kesihatan dan kehilangan nyawa yang mungkin berlaku sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.
- Selepas mendaftar dan bersetuju untuk menyertai program The Biggest Loser ini dengan sendirinya para peserta telah terikat dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
|
Sebarang Pertanyaan |
Pegawai seranta yang boleh dihubungi ialah Encik Shahfizal Shapiee (Bahagian Kesihatan Persekitaran) dan Puan Jeffinna Mimi Ak Kanis (Bahagian Kesihatan Persekitaran) di talian 082-512912 |