Description
TERMA & SYARAT
PENYERTAAN MEREKA BENTUK LALUAN LARIAN BERBENTUK KUCING
19 JANUARI – 18 MAC 2025
- Penyertaan terbuka kepada warganegara yang bermastautin di Bandaraya Kuching sahaja.
- Peserta wajib menghantar bukti larian. Peserta yang tidak menghantar bukti larian tidak dikira mengambil bahagian.
- Bukti larian perlu dihantar kepada urus setia menggunakan aplikasi larian yang dicadangkan melalui platform yang disediakan.
- Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap larian dan bukti larian masing-masing.
- Larian mestilah dilakukan oleh peserta yang berdaftar.
- Setiap peserta perlu jujur serta berintegriti dalam menyertai pertandingan
- Setiap peserta diingatkan untuk menjaga keselamatan diri sepanjang menyertai pertandingan
- Pihak penganjur dan urus setia berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang didapati tidak berintegriti sepanjang tempoh pertandingan
- Pemenang ditentukan berdasarkan bukti larian yang menyerupai haiwan Kucing di dalam aplikasi larian.
- Langkah – langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
Hadiah
- Wang RM 1,000.00 kepada seorang pemenang.
Hak Sebagai Penganjur
- Untuk mengehadkan atau menambah atau menolak penyertaan.
- Sekiranya pertandingan ini telah dibatalkan atas sebab – sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal daripada pihak penganjur yang boleh menyebabkan pertandingan ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur berhak menghentikan pertandingan dengan serta-merta.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang pertandingan.
- Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa – apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain – lain
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan, kerosakan, kemalangan kepada peserta dan harta benda peserta sepanjang pertandingan
- Apa apa pindaan kepada syarat – syarat akan dikemaskini di events.dbku.gov.my.
- Semua perbelanjaan menyertai adalah dibawah pembiayaan peserta sendiri.
- Semua peserta dikehendaki untuk mematuhi semua syarat – syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa mengambil bahagian dalam pertandingan