Description
SYARAT PENYERTAAN
Acara ini memerlukan peserta untuk mematuhi syarat umur yang dinyatakan dalam kategori yang telah ditetapkan.
Apabila peserta telah mendaftar, ini bermakna peserta bersetuju menerima syarat-syarat seperti di bawah.
20KM+- Fun Ride, Terbuka lelaki & wanita (berumur 18 tahun ke ATAS)
- Jarak dan tempoh yang dinyatakan untuk kayuhan hanyalah anggaran sahaja. Penganjur berhak untuk mengubah jarak laluan tersebut dan tempoh sekiranya perlu.
PERALATAN
- Kesemua jenis basikal dan size dibenarkan.
- Setiap peserta WAJIB memakai kasut dan topi keselamatan.
- Digalakkan membawa botol air sepanjang kayuhan untuk mengelakkan “dehydration” sepanjang kayuhan berlangsung.
- Basikal mestilah lengkap dengan aspek keselamatan yang telah ditetapkan. Sekiranya TIDAK lengkap, penyertaan akan dibatalkan.
LANGKAH KESELAMATAN
- Walaupun langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil oleh penganjur untuk memastikan keselamatan peserta sepanjang kayuhan, risiko keselamatan adalah atas tanggungjawab peserta itu sendiri.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku semasa kayuhan berlangsung.
- Peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai acara kayuhan ini.
- Semua peserta perlu memeriksa dan servis basikal sebelum acara, dan memastikan bahawa basikal selamat untuk digunakan sebelum kayuhan dan hendaklah sentiasa peka dengan peserta lain di sekeliling mereka.
- Semua Peserta hendaklah berada di sebelah kiri jalan kecuali memotong dan diingatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa.
KENDERAAN SOKONGAN KAYUHAN
- Penganjur ada menyediakan kenderaan sokongan kayuhan untuk membantu peserta sepanjang laluan acara.
- Peserta tidak dibenarkan mempunyai sokongan kenderaan sendiri dalam kumpulan kayuhan utama.
PERATURAN KAYUHAN
- Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk memindahkan penyertaan kayuhan mereka kepada pihak lain sebaik sahaja pendaftaran.
- Semua peserta hendaklah berkumpul di garisan permulaan mengikut lokasi dan masa yang telah ditetapkan.
- Atas sebab keselamatan, peserta yang tidak bermula pada masa pelepasan masing- masing, penyertaan mereka boleh dibatalkan dan tidak dibenarkan menyertai acara.
- Semua peserta mesti mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Peserta yang gagal berbuat demikian boleh dikeluarkan dari laluan serta-merta. Pingat penamat tidak akan diberikan kepada peserta yang gagal mengikut peraturan kayuhan yang telah ditetapkan.\
- Semua peserta mesti mematuhi peraturan jalan raya serta arahan polis, marshal dan pegawai acara semasa kayuhan.
- TIDAK DIBENARKAN: berbasikal tanpa topi keledar, membawa basikal secara berbahaya atau cuai, menggunakan kamera ketika kayuhan, meletakkan tempat duduk kanak-kanak di atas basikal tidak dibenarkan.
- Semua penunggang hendaklah berada di belakang kenderaan utama pengiring keselamatan dan di hadapan kenderaan belakang pengiring keselamatan pada setiap masa.
- Semua peserta perlu membawa peralatan sendiri sekiranya terjadinya kerosakan atau kebocoran tayar basikal.
BANTUAN KECEMASAN
- Perkhidmatan mekanikal tidak akan disediakan bagi membantu basikal peserta yang bermasalah Ketika kayuhan. Hanya bantuan paramedic disediakan jika berlaku kecemasan sepanjang kayuhan berlangsung.
- Petugas perubatan/Marshall/organiser berhak untuk mengeluarkan peserta jika didapati secara fizikal tidak mampu meneruskan kayuhan tanpa risiko kecederaan serius terhadap dirinya atau orang lain.
- Petugas perubatan berhak membuat keputusan untuk menghantar mangsa ke hospital terdekat dan/atau yang disyorkan.
PENGECUALIAN ACARA
- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kecedaraan, kecuaian dan kemalangan jiwa jika berlaku sepanjang acara kayuhan berlangsung.
- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang peribadi atau kerosakan, semua itu adalah tanggungjawab peserta untuk memastikan keselamatan barang masing-masing.