Hadiah Pertandingan |
HADIAH PERTAMA : RM2,000.00
HADIAH KEDUA : RM1,500.00
HADIAH KETIGA : RM1,000.00
SAGUHATI (2x) : RM500.00 |
Syarat-Syarat Penyertaan |
A.MAKULUMAT PERTANDINGAN
- Pertandingan Video adalah anjuran Perpustakaan Bandaraya Kuching Utara.
- Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 1 April 2021 hingga 15 Julai 2021.
- Pertandingan adalah bertemakan Hari Sarawak.
B. KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Sarawak
C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Bagi penyertaan berkumpulan, setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 3 orang (termasuk ketua kumpulan).
- Peserta boleh menghantar tiga (3) video yang berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima satu (1) hadiah sahaja.
- Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
- Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi atau dokumentari.
- Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Durasi video adalah antara 3 hingga 5 minit.
- Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipapar dalam segala bentuk media video.
- Format yang dibenarkan adalah AVI,WMV, MOV, FLV dan MP4.
- Resolusi minima video yang dihantar video HD 720p (1280 x 720 resolution).
- Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis / ringkasan isi kandungan video.
- Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
- Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan TIDAK MENGHINA mana-mana pemimpin dan individu.
- Setiap penyertaaan mestilah merupakan kerja asal / asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua penyertaan TIDAK BOLEH dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.
- Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana Pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya dikemukakan tidak asli / di ciplak.
- Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas membatalkan penyertaan.
- Borang penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan :
a. Biodata peserta
b. 1 salinan CD/DVD yang telah dilabel
c. Perakuan penyertaan adalah asli
d. Sinopsis video
D.TUNTUTAN HAK CIPTA
- Perpustakaan Bandaraya DBKU berhak menggunakan karya penyertaan dalam semua bentuk promosi yang lain.
- Perpustakaan Bandaraya DBKU berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi perpustakaan.
E. HADIAH DAN KEPUTUSAN
- Tawaran hadiah adalah seperti berikut :
Hadiah tempat pertama : RM2,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah tempat kedua : RM1,500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah tempat ketiga : RM1,000.00 dan sijil penyertaan
Saguhati : RM500 X 2
- Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
- Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.
- Keputusan panel juri adalah muktamad.Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
F. TEMPOH PERTANDINGAN
- Tarikh tututp penyertaan adalah pada 15 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.
- Peserta dihendaki mengisi borang penyertaan di laman web dkbu.event dan hantar kepada Urusetia Pertandingan Video melalui emel: dbkucitylibrary@gmail.com
- Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Video Hari Sarawak Perpustakaan Bandaraya Kuching Utara Aras 4 & 5, Komplek Islam Sarawak Jln P.Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak
Tel : 082-507099 / 507403
Fax : 082-507920
Facebook : DBKU City Library
Emel : dbkucitylibrary@gmail.com |