1) Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak.
2) Penyertaan adalah PERCUMA.
3) Peserta hendaklah berumur diantara 15 – 17 tahun.
4) Penyertaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan di www.events.dbku.gov.my.
5) Peserta hanya layak menghantar satu (1) video penyertaan sahaja dan belum pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan.
6) Peserta hendaklah melengkapkan sejarah/latar belakang tarian yang dipertandingkan beserta dengan sumber rujukan maklumat tersebut diperolehi.
7) PEMBATALAN PENYERTAAN DAN HADIAH : Penganjur berhak menarik balik status penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pertandingan.
8) JANGKA MASA PERSEMBAHAN : Persembahan hendaklah berdurasi 10 – 15 minit beserta dengan penerangan sejarah/latar belakang tarian yang dipertandingkan.
9) Peserta perlu memuatnaik video rakaman di platform Facebook dengan #dbkucitylibrary dan melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (www.events.dbku.gov.my) sebelum atau pada 7 Oktober 2022 (Jumaat).
10) Setiap peserta akan diberikan esijil.
11) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 Oktober 2022 (Jumaat). Penyertaan yang lewat diterima dari tarikh ini tidak akan dilayan.
12) Skema Pemarkahan/Penilai :
i) Persembahan (kesesuaian,rentak,gerak tari,ekpresi & muzik – 40%
ii) Daya cipta (reka tari, tema & keaslian) – 20%
iii) Penerangan sejarah/latar belakang tarian dipertandingkan – 20%
iv) Tatarias, Busana, Aksesori (sesuai dengan jenis tarian) – 20%
13) Pihak penganjur pertandingan berhak memutuskan sesuatu yang tidak terkandung di dalam syarat-syarat yang berkaitan dengan pertandingan ini.
14) Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
15) Pihak penganjur pertandingan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kos penyertaan/kemalangan dalam menyertai pertandingan ini. |