Aktiviti |
PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA |
Tarikh
Tutup Penyertaan |
25 November hingga 10 Disember 2021
|
Tempat |
Secara Dalam Talian |
Penyertaan |
Terbuka kepada warga Sarawak untuk semua peringkat umur |
Hadiah Pertandingan |
Johan – Wang Tunai RM500 + Sijil
Naib Johan – Wang Tunai RM400 + Sijil
Ketiga – Wang Tunai RM300 + Sijil
2 Saguhati – Wang Tunai RM100 + Sijil
|
Objektif Pertandingan |
⦁ Untuk mencari cetusan idea kreatif dalam reka cipta bahan kitar semula
⦁ Memberi pendedahan mengenai kepentingan dan cara mengitar semula
⦁ Menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar |
Syarat-Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada warga Sarawak untuk semua peringkat umur.
- Penyertaan secara individu atau berkumpulan berkeluarga.
- Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu dan berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi tiga (3) orang. Ahli kumpulan dikalangan ahli keluarga amat digalakkan bagi menunjukkan kerjasama.
- Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (⦁ www.events.dbku.gov.my) sebelum atau pada 10 Disember 2021 (Jumaat).
- Setiap peserta dimestikan like Facebook DBKU City Library terlebih dahulu.
- Gambar beserta video ringkas berdurasi 10 minit hendaklah dimuat naik di akaun facebook peserta dan pastikan hantaran pada tetapan umum bersama hashtag #DBKUCityLibrary.
- Gambar perlulah menunjukkan langkah-langkah penghasilan rekacipta sekurang-kurangnya sebanyak 5 keping gambar dan disertakan penerangan untuk setiap item yang dicipta.
- Penepatan syarat saiz video 1920 x 1080 atau 1280 x 720
- Peserta hanya boleh menggunakan barangan yang boleh dikitar semula (recycled). Bahan : plastic /tin / kertas /kaca sahaja.
- Tema rekacipta adalah bebas.
- Hasil reka cipta pemenang adalah menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, idea dan penggunaan maksima bahan kitar semula. Panel hakim yang dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan hakim adalah muktamad.
- Semua multimedia yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU. Pihak penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan tanpa kos.
- Sebarang pindaan terma dan syarat adalah tertakluk kepada Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Perpustakaan Bandaraya DBKU tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta individu/kumpulan untuk penyertaan pertandingan ini.
- Keputusan pemenang akan diumumkan di Facebook DBKU City Library dan melalui panggilan telefon
|
Yuran Penyertaan |
Percuma
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
10 Disember 2021 (Jumaat) |
Sebarang Pertanyaan |
Aidahwati Binti Hj. Yassen (016-8722523)
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Pejabat : 082-507403/507099 |