Aktiviti |
PERTANDINGAN MEREKA LOGO SEMPENA BULAN KEBERSIHAN BANDARAYA KUCHING 2021 |
Tarikh Pendaftaran |
06 hingga 16 Julai 2021
|
Tempoh Masa Aktiviti |
04:30 petang |
Tempat |
– |
Kategori Pertandingan |
Terbuka kepada semua warga Kuching |
Hadiah Pertandingan |
Wang Tunai RM3,000.00 |
Syarat-Syarat Penyertaan |
- Setiap peserta harus memasukkan elemen “Bulan Kebersihan” ke dalam reka cipta logo “Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2021.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Bandaraya Kuching yang berumur 18 tahun ke atas.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun hanya 1 penyertaan akan dipilih sebagai pemenang dan peserta hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja.
- Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
- Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo sama ada tempatan atau luar negara.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2021 sebelum 4.30 petang dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
- Panel Hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sekiranya terdapat persamaan dalam reka bentuk logo yang dihantar, peserta yang terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.
- Semua reka bentuk logo yang diterima adalah menjadi hak milik DBKU dan tidak boleh dituntut oleh peserta.
- Reka bentuk logo yang menang akan digunakan sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching pada bulan Julai setiap tahun.
- Pihak DBKU berhak menggunakan semua reka bentuk logo yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau bayaran kepada peserta.
|
Spesifikasi Reka Bentuk |
- Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang bolah dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau dicetak.
- Reka bentuk hendaklah dipaparkan melalui (3) tiga pandangan iaitu pandangan sisi, pandangan hadapan dan belakang dan juga (3) tiga gaya berlainan mengikuti kreativiti masing-masing dan elemen logo bercirikan sempena “Bulan Kebersihan” serta Bandaraya Kuching.
- Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A3(ukuran 29.7 x 42.0 cm) berwarna putih dalam computer grafik dan dilekatkan dalam kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” (pendrive) menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
- Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan warna yang digunakan dan perlu memberi nama bagi logo yang dicipta.
- Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan warna yang digunakan dan perlu memberi nama bagi logo yang dicipta.
|
Yuran Penyertaan |
Percuma
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
16 Julai 2021 |
Sebarang Pertanyaan |
Anaestacia (016-8985226)
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Pejabat : 082-507403/507099 |