Syarat-Syarat Penyertaan |
- Setiap peserta harus memasukkan elemen MEMBACA ke dalam reka cipta Maskot.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Bandaraya Kuching yang berumur 16 tahun ke atas.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimana pun hanya 1 penyertaan yang akan dipilih sebagai pemenang.
- Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
- Semua ciptaan mestilah asli dan tidak meniru dari mana-mana maskot sama ada tempatan atau luar negara.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 April 2023pada jam 3:00 petang dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
- Panel Hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sekiranya terdapat persamaan dalam rekabentuk maskot yang dihantar, peserta akan terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.
- Semua rekabentuk maskot yang diterima adalah menjadi Hak Milik DBKUdan tidak boleh dituntut oleh peserta.
- Rekabentuk maskot yang menang akan digunakan sebagai Maskot Membaca Rasmi Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Pihak DBKU berhak menggunakan semua rekabentuk maskot yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau bayaran kepada peserta.
SPESIFIKASI REKA BENTUK
- Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli dan dicetak.
- Reka bentuk hendaklah dipaparkan melalui (3) tiga pandangan iaitu pandangan sisi, pandangan hadapan dan belakang dan juga (3) tiga gaya berlainan mengikuti kreativiti masing-masing dan elemen maskot bercirikan MEMBACA.
- Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A3 (ukuran 29.7 cm x 42.0 cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board”dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy / ”menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
- Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk maskot dan warna yang digunakan serta memberi nama bagi maskot yang dicipta.
- Sila lengkapkan penyertaan melalui laman sesawang http://events.dbku.gov.my dan hantar rekaan Maskot Membaca kepada urusetia:
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Tingkat 5,
Majma’Tuanku Abdul Halim Muádzam Shah,
Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082-507403 / 507099 Fax : 507920
Email : library@dbku.gov.my |