Aktiviti |
Pertandingan Kaligrafi Arab 2024 Anjuran Perpustakaan Bandaraya DBKU |
Tarikh |
5 Mac 2024 (Selasa) |
Masa |
10:00pagi |
Tempat |
Secara Dalam Talian Perpustakaan Bandaraya DBKU |
Kategori Pertandingan |
Kategori A- Sekolah Rendah (Darjah 4-6)
Kategori B- Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3) |
Hadiah Pertandingan |
Kategori A (Darjah 4-6)
Johan : RM250
Naib Johan : RM200
TempatT Ketiga : RM150
5 Saguhati : RM100
Kategori B (TIngkatan 1-3)
Johan : RM250
Naib Johan : RM200
Tempat Ketiga : RM150
5 Saguhati : RM100 |
Syarat-Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada dua kategori iaitu A dan B .
- Kategori A darjah 4 hingga 6 dan kategori B tingkatan 1 hingga 3.
- Penyertaan adalah percuma.
- Terhad kepada 40 orang peserta setiap kategori.
- Setiap penyertaan mestilah karya asli yang ditulis tangan dan tidak menggunakan mana-mana kesan khas digital atau apa-apa yang berkaitan.
- Setiap penyertaan mestilah ditulis sendiri oleh peserta dan menggunakan kertas sendiri.
- Peserta perlulah menggunakan kertas Acrylic oil painting paper bersaiz A3.
- Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang bewarna hitam atau ‘dark brown’.
- Digalakkan menggunakan mata pen bersize 3.0
- Penggunaan warna untuk tujuan hiasan tidak melebihi tiga warna.
- Hiasan mestilah tidak menyalahi syarat dari segi susunan, kaedah, motif dan gambaran kepada sesuatu maksud yang menyalahi syariah.
- Tiada penggunaan lambang atau logo sensitif yang menyentuh isu agama, politik, perkauman sosial dan sebagainya.
- Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau institusi.
- Segala perbelanjaan penghasilan karya, pengurusan berkaitan karya dan penghantaran adalah ditanggung oleh peserta.
- Sekiranya berlaku kerosakan pada karya yang dihantar pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
- Mana-mana keputusan pertandingan yang akan diumumkan adalah muktamad. Sebarang bantahan kepada keputusan hakim tidak akan dilayan.
- Mana-mana kos berkaitan pengambilan hadiah oleh pemenang tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
- Penyertaan adalah dalam bentuk individu dan setiap individu hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
- Setiap karya yang dihantar adalah menjadi hakmilik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Pendaftaran pertandingan adalah secara dalam talian yang boleh didapati di events.dbku.gov.my
- Soalan kaligrafi Arab akan dikeluarkan pada tarikh 5 Mac 2024 Selasa di ruangan Facebook Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Tarikh tutup penyertaan bagi kaligrafi Arab adalah 26 Februari 2024.
- Video rakaman hendaklah dalam format MP4/AV1 dan MDV dihantar melalui email.
- Hasil karya hendaklah di hantar selewat-lewatnya 7 Mac 2024 khamis sehingga jam 4:00 petang di Perpustakaan Bandaraya DBKU.
|
Yuran Penyertaan |
PERCUMA
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
26 Februari 2024 |
Sebarang Pertanyaan |
PEJABAT : 082-507403/507099
PEGAWAI : SITI FATIMAH BINTI SALLEH
E-MEL : library@dbku.gov.my |