Aktiviti |
PERTANDINGAN KALIGRAFI ARAB 2021 |
Tarikh Tutup Penyertaan |
27 Ogos 2021 (Jumaat)
|
Tempat |
Secara Dalam Talian |
Penyertaan |
Terbuka kepada warga Kuching untuk semua peringkat umur
Terhad 100 orang peserta |
Hadiah Pertandingan |
Johan – Wang Tunai RM500+ Sijil
Naib Johan – Wang Tunai RM400+ Sijil
Ketiga – Wang Tunai RM300+ Sijil
7 Saguhati – Wang Tunai RM100 + Sijil |
OBJEKTIF PERTANDINGAN |
- Menarik minat warga bandaraya kepada keindahan dan kehalusan Kaligrafi Arab dan mendalami tentang kepentingan seni Kaligrafi Arab.
- Mengembangkan lagi minat pencinta seni Kaligrafi Arab.
- Mencungkil bakat dan kreativiti dalam bidang penghasilan tulisan arab yang terbaik.
|
Terma dan Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada warga Kuching untuk semua peringkat umur.
- Terhad 100 orang peserta sahaja.
- Setiap penyertaan mestilah karya asli yang ditulis tangan dan tidak menggunakan mana-mana kesan khas digital atau apa-apa yang berkaitan.
- Setiap karya yang dihantar mestilah ditulis sendiri oleh peserta dan menggunakan kertas yang disediakan oleh pihak penganjur dan bukan diupah atau disalin daripada mana-mana karya orang lain.
- Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang berwarna hitam atau ‘dark brown’.
- Penggunaan warna untuk tujuan hiasan tidak melebihi tiga warna.
- Hiasan mestilah tidak menyalahi syarak dari segi susunan, kaedah, motif dan gambaran kepada sesuatu maksud yang menyalahi syariah.
- Tiada penggunaan lambang atau logo sensitif yang menyentuh isi agama, politik, perkauman sosial dan sebagainya.
- Segala perbelanjaan penghasilan karya, pengurusan berkaitan karya dan penghantaran adalah ditanggung sendiri peserta.Sekiranya berlaku kerosakan pada karya yang dihantar pihak penganjur tidak akan bertangungjawab.
- Setiap karya yang dihantar adalah menjadi hakmilik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Mana-mana keputusan pertandingan yang akan diumumkan adalah muktamad. Sebarang bantahan kepada keputusan hakim tidak akan dilayan.
- Mana-mana kos berkaitan pengambilan hadiah oleh pemenang –pemenang tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
- Karya yang dihantar mestilah dalam keadaan baik dan tidak dilipat, digulung atau rosak.
- Penyertaan adalah dalam bentuk individu dan setiap individu hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
- Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau institusi. Pihak penganjur pertandingan berhak menolak mana-mana karya yang didapati diplagiat dari mana-mana sumber yang diketahui.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan , tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan bukanlah sebagai bukti penyertaan.
- Mana-mana karya yang didapati tidak menepati syarat –syarat pertandingan maka pihak penganjur berhak menolak penyertaan dan karya tersebut.
- Penyertaan adalah percuma. Pendaftaran Pertandingan adalah secara dalam talian yang boleh didapati di events.dbku.gov.my
- Peserta perlu menyertakan karya dan video dalam bentuk soft copy (cd) semasa proses menyiapkan karya yang berdurasi 10 minit (disunting)
- Kertas khat, teks ayat dan cd akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta diminta datang sendiri untuk mengambil bahan-bahan tersebut pada 1 dan 2 September 2021 di Perpustakaan Bandaraya DBKU pada waktu pejabat.
- Hasil karya dan video rakaman hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 6 September 2021 sehingga jam 4:00 petang
|
Yuran Penyertaan |
Percuma
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
27 Ogos 2021 (Jumaat) |
Sebarang Pertanyaan |
Saperi Bin Boll (01112639186 )
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Pejabat : 082-507403/507099 |