Aktiviti |
KUCHING STREET PARADE |
Tarikh |
5 OGOS 2023 |
Masa |
7.00 MALAM – 12 MALAM |
Tempat |
PUSAT BANDARAYA KUCHING |
Kategori Pertandingan |
- TERBUKA (JABATAN KERAJAAN, SWASTA, NGO’S DAN LAIN-LAIN)
- ANTARABANGSA
- KOMUNITI (KJM, JKKK, KRT)
- KUMPULAN PANCARAGAM
- SEKOLAH MENENGAH, IPTA DAN IPTS
- PERTANDINGAN FOTOGRAFI
|
Hadiah Pertandingan |
UNTUK SEMUA 5 KATEGORI (TERBUKA, ANTARABANGSA, KOMUNITI, KUMPULAN PANCARAGAM, SEKOLAH MENENGAH, IPTA DAN IPTS)
- Tempat Pertama – RM5,000 dan Piala
- Tempat Kedua – RM3,000 dan Piala
- Tempat Ketiga – RM2,000 dan Piala
PERTANDINGAN FOTOGRAFI
- Tempat Pertama – RM1,500
- Tempat Kedua – RM1,000
- Tempat Ketiga – RM800
|
Syarat-Syarat Penyertaan |
- Perarakan Kuching Street Parade 2023 bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dijadual diadakan pada 5 Ogos 2023 (Sabtu) bertempat di Pusat Bandaraya, Kuching dan bertemakan “Sarawak Maju Makmur”.
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri/ Persekutuan/ Badan Berkanun/ Pihak Swasta/ Pertubuhan/ Persatuan/ IPTA/ IPTS dan Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sarawak.
- Kategori penyertaan perarakan ini terbahagi kepada lima (5) kategori :
- Antarabangsa
- Kumpulan Pancaragam
- Sekolah Menengah, IPTA dan IPTS
- Komuniti (KJM, JKKK, KRT)
- Terbuka (Jabatan Kerajaan, Swasta, NGO’s dan lain-lain)
- Penyertaan adalah terbuka kepada 60 kontinjen terawal yang berjaya mendaftar secara rasmi. Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak sebarang penyertaan.
- Penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di events.dbku.gov.my sebelum atau pada 30 Jun 2023 Jumaat jam 12:00 tengah malam. Penyertaan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
- Setiap kontinjen yang mengambil bahagian adalah minimum seramai 30 orang dan maksimum seramai 40 orang termasuk ketua kontinjen dan pembawa placard.
- Setiap kontinjen adalah diminta untuk mula berkumpul di tapak perarakan bermula seawal jam 4:00 petang dan Ketua Kontinjen berperanan untuk melapor diri kepada urusetia yang akan bertugas di tapak tersebut.
- Setiap kontinjen dikehendaki membuat persembahan selama dua (2) minit di hadapan Pentas Utama dan dikehendaki menyediakan muzik/lagu dengan tema tersendiri (terhad untuk 2 minit) dalam bentuk salinan CD dan diserahkan kepada penganjur sebelum atau pada 14 Julai 2023. Markah akan ditolak sekiranya persembahan melebihi had masa yang telah ditetapkan.
- Aksi kurang sopan dan kata-kata lucah adalah dilarang sama sekali di sepanjang perarakan.
- Setiap kontinjen perlu melantik 4 orang ahlinya sebagai marshall untuk :-
- Mengawal pergerakan kontinjen
- Membantu menyelaraskan pergerakan kontinjen bagi mengekalkan kesinambungan aliran perbarisan
- Membantu mengawal kesesakan laluan dalam memastikan ruang yang mencukupi untuk pergerakan para ahli kontinjen semasa berlangsungnya persembahan
- Memastikan kekemasan pakaian sentiasa teratur dalam pergerakan perarakan. Pemakaian sandal/selipar semasa raptai/perarakan sebenar adalah DILARANG
- Pihak penganjur berhak untuk menukar format persembahan perarakan dan sebarang perubahan adalah tetap dan muktamad.
- Keputusan juri dalam pertandingan adalah muktamad. Penilaian adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut :
- Teknikal
- Penggunaan Bahan
- Konsep/Tema
- Kekemasan
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan, kerosakan, kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas penyertaan kontinjen dalam perarakan ini.
- Semua ketua kontinjen mestilah menghadiri taklimat, cabutan undi kedudukan kontinjen dan raptai yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kemudian.
- Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh peserta sendiri atau pertubuhan diwakili mereka. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos yang terlibat dalam penyediaan logistik dan kelengkapan setiap kontinjen.
- Sila bawa slip pendaftaran semasa taklimat bersama ketua-ketua kontinjen pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kemudian.
|
Yuran Penyertaan |
–
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
– |
Sebarang Pertanyaan |
PEJABAT : BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM
PEGAWAI :Ambok Abd. ‘Azhim Bin Ambok MaeK
NO.TELEFON : 082-512200
E-MEL : prd@dbku.gov.my |