Skip to main content
0

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA DATUK BANDAR 2022

Aktiviti KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA DATUK BANDAR 2022
Tarikh

16, 17 & 18 September 2022

Masa
Tempat Dewan Serbaguna, SSC Jalan Stadium
Kategori Pertandingan Sekolah Menengah Tingkatan1 hingga 5
Hadiah Pertandingan

Johan
Wang Tunai RM 3,000, Piala Pusingan, Piala Iringan & Medal

Naib Johan
RM 1,000, Piala Iringan & Medal

Ketiga Bersama
RM500 & Medal

Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Penyertaan terbuka kepada pemain yang bermastautin di Negeri Sarawak sahaja dan bagi yang bekerja atau berkhidmat dan berasal dari Negeri Lain sekurang – kurangnya telah setahun berkhidmat atau bekerja di Negeri Sarawak. Majikan atau ketua jabatan mestilah mengesahkan atau mengeluarkan surat bagi perkara tersebut dan penyertaan daripada Kejiranan Mesra (KJM) sebanyak 10 pasukan
  2. Setiap pemain hanya boleh mendaftar untuk satu regu sahaja. Setiap regu mengandungi 5 orang pemain,1 orang Jurulatih dan 1 orang pengurus.
    (Jurulatih boleh juga terdiri daripada pemain).
  3. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang penyertaan pemain sahaja layak menyertai pertandingan ini. Yuran Kejohanan adalah sebanyak RM 100.00 daripada penyertaan terbuka dan percuma untuk penyertaan daripada Kejiranan Mesra (KJM) . Penyertaan daripada KJM hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengerusi KJM yang diwakili.
  4. Sekiranya timbul sebarang kemusykilan atau pertikaian berhubung dengan kelayakan (status) mana-mana pemain. Maka perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Segala keputusan AJK Teknikal & Pertandingan adalah muktamad.
  5. Borang Penyertaan hendaklah di Faks kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan ke nombor 082 313410
  6. Pihak pengelola berhak menolak mana-mana pasukan / regu yang tidak memenuhi syarat atau lewat mendaftar tanpa memberi apa-apa sebab
Yuran Penyertaan

RM100

Tarikh Tutup Penyertaan 9 September 2022 jam 3 Petang
Sebarang Pertanyaan Mohammad Bin Bakri (0168985450)
Kamaluddin Akil (019-8177872)
Sharkawi Hj. Taibi (019-8313867)
Ahmad Sairi (013-8198787)